Melancong

 Hai dan selamat datang. Kali ini saya ingin bercerita berkaitan dengan melancong.

    Melancong merupakan aktiviti melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal samada bertujuan untuk berseronok atau mempelajari budaya asing. Aktiviti pelancongan dapat menghiburkan diri, menambah ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan. Terdapat beberapa tempat menarik di Malaysia yang telah saya kunjungi seperti Kota A Famosa di Melaka dan Pasar Borong di Terengganu. Selain dari itu, saya juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk melancong ke luar negara seperti ke Paris.

    Kota A Famosa terletak di Melaka. Terdapat pelbagai sejarah disebalik tempat tersebut. Saya kunjungi tempat tersebut bersama rakan-rakan saya. A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina sekukuhnya dimana hasil tinggalan bangunan bersejarah dan monumen yag boleh kita lihat masih berdiri utuh dan menjadi daya tarikan pelancong luar untuk datang melihat dengan mata kepala sendiri tentang kemegahan kota A Famosa ini. Ianya dibina oleh Alfonso de Albuquerque pada tahun 1512. 


    Selain itu, Pasar Borong di Terengganu juga merupakan tempat yang telah saya lawati. Pasar tersebut sungguh unik dengan pelbagai makanan yang menarik. Pasar ini terlalu besar berbanding pasar di kawasan saya. Seperti kita semua sedia maklum bahawa Terengganu dan Kelantan merupakan tempat yang kaya dengan pelbagai jenis keropok seperti keropok lekor, keropok ikan dan sebagainya. Harga pakaian yang dijual juga amatlah rendah dan berpatutan berbanding di negeri Johor. 

    Sekian, terima kasih.




Comments